KUALA LUMPUR: Pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun semakin hampir merangkul kejuaraan sulung Super 500 mereka pada final Malaysia Masters 2023 selepas menewaskan gandingan Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dalam kelompok empat terakhir hari ini.
Pada perlawanan terakhir hari ini di Arena Axiata, aksi gandingan Malaysia sukar diatasi pada awal permainan apabila mendahului dengan kelebihan tujuh mata dan berjaya menangkis serangan pilihan kelapan kejohanan untuk memenangi set pembukaan 21-17.
Set kedua menyaksikan kegigihan dan semangat juang Wei Chong-Kai Wun apabila mereka berusaha menyamakan kedudukan 4-4 selepas ketinggalan 1-4 serta mendahului lawan dengan 11-10 sebelum rehat.
Beregu bukan pilihan itu terus berdepan aksi sengit menentang pasangan Indonesia sebelum pukulan balas Marthin terkena jaring menyebabkan penyokong Malaysia bersorak riang apabila Wei Chong-Kai Wun meraih kemenangan 22-20.
Pasangan beregu nombor 26 dunia itu akan bertemu pemain bukan pilihan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan yang menewaskan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun 21-18, 12-21, 21-16 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Kejayaan di luar jangkaan Wei Chong-Kai Wun menyusuli kemaraan pasangan beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah ke final selepas beraksi sengit menentang gandingan Korea Selatan Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong yang berakhir dengan kemenangan 21-19, 23-21.
Kai Wun berkata pada awal permainan, mereka berasa gementar namun bangkit secara perlahan-lahan dan membina keyakinan untuk memastikan kemenangan serta mara ke final.
Beliau berkata kemenangan Pearly-Thinaah sebelum itu telah memberi inspirasi kepada mereka untuk turut sama melakar kejayaan.
Wei Chong pula berkata keputusan hari ini sudah pasti akan dilihat sebagai pencapaian terbaik mereka selepas dibelenggu kecederaan dan prestasi buruk sebelum ini.
"Ini kejayaan dan final Super 500 pertama kami, sebelum ini selalu kalah pada pusingan pertama dan kedua," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023
Beregu negara Man Wei Chong (kiri) dan Kai Wun Tee ketika menentang beregu Indonesia Leo Rolly Carnado dan Daniel Marthin pada perlawanan separuh akhir kejohanan Perodua Malaysia Master 2023 di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA
Sudirman wajar diberi pengiktirafan lebih besar - Sahabat
Tarikh 25 Mei ini sangat penting dalam sejarah muzik negara untuk diabadikan, kerana pada hari itulah lahirnya Allahyarham Sudirman.
Suara Rakyat: Bayar ansuran rumah sejak 2008 rumah masih terbengkalai
Seramai 70 orang pembeli rumah di Taman Khazanah Indah dekat Lahad Datu terpaksa menanggung bayaran ansuran bulanan rumah sejak 2008 namun rumah mereka masih terbengkalai.
Pengerusi Persatuan Pembeli Taman Khazanah Indah, Sultan Abdullah berkata pihaknya meminta pihak kerajaan untuk campur tangan.
Pengerusi Persatuan Pembeli Taman Khazanah Indah, Sultan Abdullah berkata pihaknya meminta pihak kerajaan untuk campur tangan.
Penerbit Call of Duty, Meta disaman ibu bapa mangsa serangan bersenjata di Amerika
Activision Blizzard disaman kerana menerbitkan permainan video Call of Duty yang didakwa digunakan untuk mengiklankan senjata Daniel Defense.
HAWANA 2024: Penubuhan GKMM pamer pencapaian signifikan
Penubuhan Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) membabitkan 14 kelab media seluruh Malaysia, amat signifikan dengan sambutan HAWANA yang bertujuan mengiktiraf peranan dan tanggungjawab profesion wartawan.
Carian Google AI Overview untuk topik tertentu dimatikan kerana terlalu banyak silap
Minggu ini, AI Overview mula menawarkan jawapan yang penuh kesilapan, antaranya, mengatakan Barack Obama beragama Islam.
AWANI-RareTV: Mengembara ke perut glasier terbesar di Eropah
Suasana yang luar biasa menakjubkan! Tapi untuk masuk ke alam air batu ini, persediaan harus cukup.
Peluang Malaysia akhiri kemarau 33 tahun
Skuad negara akan berentap dengan musuh tradisi itu pada final Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur jam 3 petang ini.
Zii Jia tak sabar nak jumpa Axelsen
Pemain di ranking nombor 10 dunia itu juga mengisytiharkan dirinya cergas untuk beraksi petang ini selepas mengalami kecederaan pada Jumaat.
Hasrat Pas tanding kerusi Bersatu akan dibawa ke mesyuarat PN
Ronald Kiandee berkata, mesyuarat kepimpinan tertinggi PN akan diadakan dalam masa terdekat.
Plymouth Argyle pertaruh magis Rooney
Rooney menggantikan Ian Foster yang dipecat pada April selepas hanya tiga bulan memegang jawatan itu.
Wei Chong-Kai Wun tempoh slot ke final untuk Malaysia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun menewaskan gandingan Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dalam kelompok empat terakhir hari ini.
Tiada masalah dengan pelantikan Tat Meng - Zii Jia
Lee Zii Jia tidak mempunyai masalah besar berhubung pelantikan Wong Tat Meng sebagai jurulatih baharu pemain perseorangan profesional negara itu.
Zii Jia, Jin Wei dalam momentum terbaik
Zii Jia sentiasa tenang apabila beraksi, sekali gus memberi keyakinan dan semangat kepada pemain pasukan Malaysia yang lain.